Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Jabatan Bahasa Inggeris

Jabatan Bahasa Inggeris, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah telah mengadakan bengkel selama empat hari mengenai pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk menyusun semula sukatan pelajaran kerana jabatan akan beroperasi sepenuhnya secara atas talian untuk semester yang akan datang bagi menepati norma baharu Covid-19. Bengkel ini juga adalah untuk memastikan semua tenaga pengajar bersedia untuk kelas atas talian. Teknik rakaman video atas talian menggunakan platform seperti Loom dan Screencast-o-matic ditunjukkan untuk tujuan rakaman video pelajaran. Tenaga pengajar juga didedahkan dengan teknik menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran UMK (LMS), eCampus untuk menjadikan pelajaran dalam talian lebih berkesan.